Hamilton perlu mengharungi GP F1 Mexico minggu hadapan untuk bergelar juara dunia kali kelima musim ini.

NEW YORK – Pelumba sensasi Formula Satu (F1), Lewis Hamilton terpaksa menunggu seminggu lagi untuk diboatkan juara dunia kali kelima musim ini.

Dalam Grand Prix Amerika Syarikat petang Ahad lalu, pelumba Mercedes itu hanya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Impian untuk bergelar juara dunia lebih awal berkecai selepas pelumba Ferrari, Kimi Raikonnen memenangi saringan tersebut.

Hamilton memulakan perlumbaan dari petak pertama di Austin Texas dan hanya memerlukan lapan mata tambahan berbanding pencabar terdekatnya, Sebastian Vettel untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi empat kali sebelum ini.

Namun, pelumba kelahiran Britain itu hanya mampu menamatkan saingan di tempat ketiga sambil mengakui tidak memulakan saingan dengan bersemangat semalam.

Maka dia hanya memerlukan tiga mata lagi untuk mengesahkan gelaran itu.

Dengan ini pertaruhan mengesahkan gelarannya akan disambung semula pada GP Mexico minggu depan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast