KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan premis penyediaan sate tulang Jelebu ditutup selepas kawasan berkenaan didapati kotor.
Siasatan itu dijalankan selepas keadaan premis penyediaan sate tulang itu diviarlkan di laman sosial.
Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan dalam kenyataannya berkata, Kementerian Kesihatan memang serius dakwaan tersebut dan siasatan telah dijalankan semalam.
“Makluman hasil siasatan itu mendapati pemunya premis yang diperiksa telah melanggar Akta Makanan 1983. Secara keseluruhan premis menyediakan makanan ini didapati tidak bersih,” kata Dr Zainuddin Mohd Ali.
Katanya, antara kesalahan lain ialah pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan memasak yang kotor, di samping amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
Premis berkenaan telah diarah tutup di bawah Akta Makanan 1983.
Kementerian Kesihatan, katanya, mengucapkan terima kasih atas makluman orang ramai.
Keadaan premis berkenaan menjadi viral selepas perkara itu didedahkan oleh pengguna Facebook Faizal Riza Sholaina (grup Oghang Jompul ) dan Nur Shahira (grup Seremban Macam-Macam Ada). – MalaysiaGazette