Manchester United
Putera mahkota Arab Saudi, Mohammad Salman dikatakan menambah nilai bidaan kepada 3.8 bilion pound untuk menjadi pemilik Manchester United menjelang musim depan.-Foto: The Sun

LONDON – Manchester United (MU) bersiap sedia untuk diambil alih oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad Salman.

Laporan terbaharu mendakwa Mohammad bersedia menguji pemilik serta pengerusi bersama kelab England itu, dengan bidaan formal £4 bilion pound untuk mengambil alih kelab itu.

Salman dilaporkan mempunyai kekayaan melebihi £850 bilion serius untuk membeli kelab yang memiliki sekitar £500 juta penyokong di seluruh dunia.

Mohammad dikatakan bersedia mengadakan rundingan dengan Joel dan Avram Glazer dalam masa terdekat ini di Riyadh dalam beberapa minggu lagi.

Bagaimanapun, Glazer yang sepatutnya menghadiri forum inisiatif pelaburan antarabangsa di ibu kota Arab Saudi itu mengambil keputusan menarik diri.

Tindakan itu dipercayai sebagai mengelak pertemuan dengan putera arab itu yang kini dikaitkan dengan kematian wartawan Amerika Syarikat Jamal Khashoggi 2 Oktober lalu di Konsulat Arab Saudi di Turki.

Laporan juga mengatakan bahawa Glazers mahu kemelut diplomatik ekoran kematian wartawan mengaitkan putera itu reda sebelum sebarang rundingan tentang pembelian kelab bola sepak England itu dimulakan.

avram glazer
Pemilik bersama Manchester United Glazers yang membeli kelab dengan pinjaman bank 790 juta pound didakwa menyebabkan kelab menanggung hutang dan segala perolehan kelab digunakan untuk membayar hutang

Laporan awal mengatakan pemilik MU menafikan segala khabar angin cadangan penjualan kelab itu pada apa jua keadaan sekalipun tetapi sumber boleh dipercayai di Arab melaporkan sebaliknya kononnya FA England sendiri tidak boleh menghalang usaha penjualan kelab itu.

Pada awal Oktober ini, laporan pertama mengaitkan pelaburan putera Salman dengan Theatre Of Dreams berkenaan.

Rentetan berita itu, bekas Pengerusi Crystal Palace, Simon Jordan menyifatkan MU akan menerima nasib Manchester City dan Chelsea yang menjadi kelab ‘artificial’ selepas mengambilalihan oleh pemimpin dan orang kaya Arab.

Manchester City dan Chelsea didakwa membina sukses kelab itu menerusi pelaburan asing dan bukan secara semulajadi seperti MU.

Ia juga dikatakan satu kelebihan untuk penyokong kelab itu yang memprotes terhadap keluarga Glazers lebih sedekad atas dakwaan menyebabkan kelab berhutang banyak selepas pengambilalihan dengan nilai £790 juta pada 2005.

salman mu
Penyokong teruja dengan berita kesediaan Putera Salman untuk membeli kelab itu akan memastikan keluarga glazers meninggalkan kelab itu.

Glazer dikatakan menikmati keuntungan lebih £1 bilion sejak memiliki kelab itu dan walaupun dinafikan mahu jual kelab itu, lonjakan harga saham kelab itu sejak beberapa bulan lalu menceritakan yang sebaliknya dalam dunia kewangan.

Ogos lalu pasaran kelab itu mencatatkan rekod kenaikan tertinggi iaitu $27.65 dolar seunit dalam pasaran saham New York dan Forbes menetapkan nilai kelab sekitar £3.2 bilion di dunia.

Malah kenaikan berterusan dijangkakan sekali lagi berikutan minat pemilikan kelab dari putera Asia Barat itu.

Diramalkan usaha putera Mohamad sukar untuk dihalang glazers mahupun FA England dan penyokong kelihatan teruja dan menyambut baik pengambilalihan itu dengan sangkaan bahawa ia akan melonjakkan lagi kewibawaan dan nilai kelab itu.

Putera Salman secara peribadi menerima hakikat bahawa Manchester United sebagai kelab paling berprestij di dunia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast