PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya telah memberi masa secukupnya kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai ahli Parlimen bebas dan melihat pendirian beliau sebelum memutuskan untuk menerima kemasukkannya sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ditanya sama ada keputusan Mustapa yang lebih dikenali sebagai Tok Pa itu dipengaruhi pujukan mana mana pemimpin PPBM atau sebaliknya, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi parti ituy berkata: “Dia buat keputusannya sendiri (sertai PPBM)”.
Bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PPBM, beliau turut menyatakan rasa suka cita dengan keputusan Ahli Parlimen Jeli itu untuk menyertai PPBM.
Keputusan Tok Pa menyertai PPBM itu turut disambut oleh Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan saf kepimpinan parti itu
Ditanya sama ada beliau menjangkakan lebih banyak penyertaan pemimpin dari UMNO, Dr. Mahathir memberikan reaksi: “Kita akan lihat nanti.” – MalaysiaGazette