KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan, sewaktu menjadi parti pembangkang dikuasi oleh pihak tertentu, mempunyai agenda tersembunyi untuk memecah-belahkan perpaduan negara, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki.
Justeru katanya, disebabkan itulah kerajaan persekutuan itu mahu melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Ujarnya, Amerika Syarikat sebagai negara asing juga masih belum melaksanakan ratifikasi ini, berbeza dengan negara ini sejak ditadbir Pakatan Harapan sejak Mei yang lalu.
“Bantahan kita kepada usaha jahat kerajaan yang mula tak sedari diri mereka ingin menggadaikan maruah mereka ingat rakyat bodoh.
“Bunyinya cantik indah seolah-olah kalau kita tentang kita rasis, kita menentang ada udang di sebalik batu.
“Dulu kerajaan Pakatan Harapan sejak jadi pembangkang dimonopoli orang yang mempunyai agenda untuk mencabut, merobek kekuatan negara ini,” katanya ketika berucap di Himpunan Bantahan ICERD hari ini.
Himpunan ini dihadiri lebih kurang 2,000 peserta daripada penyokong Pas, UMNO dan NGO Islam berarak daripada Masjid Jamek ke Sogo.
Mengulas lanjut Ashraf berkata, program untuk terus memberi kesedaran kepada rakyat tidak akan berhentu setakat di sini tetapi aka berterusan.
Tambahnya, Pakatan Harapan perlu disedarkan untuk tidak mudah lupa diri selepas baharu beberapa bulan memegang tampuk pemerintahan.
“Selama 61 tahun kita merdeka tidak ada pendriskriminasian negara dan dizalimi kerana kita ditautkan disepadukan, diperkukuhkan dengan kontrak sosial ketika hendak merdeka.
“Islam agama negara tetapi agama-agama lain tidak sesekali kita nafikan hak mereka. Bukan sahaja Melayu tapi Bumiputera Sabah dan Sarawak ada hak perlu kita bela.
“Hari ini mereka nak perbodohkan kita mereka ingat dapat kuasa boleh buat sesuka hati.
“Takkanlah baru menang sudah angkuh,” tambah beliau. -MalaysiaGazette