Sejumlah 3,000 pemandu teksi di Lembah Klang tidak menolak menganjurkan perhimpunan aman secara besar-besaran sekiranya Menteri Pengangkutan atau Timbalannya masih enggan menemui mereka.
Pengarah Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, mereka merancang untuk berarak dari Padang Merbok ke bangunan Parlimen dan tidak akan berganjak sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.