Arsene Wenger.
Arsene Wenger.

LONDON – Bekas pengurus Arsenal, Arsenal Wenger menyifatkan spekulasi dia sedang dalam perbincangan bersama AC Milan sebagai mengarut.

The Independent melaporkan, pengendali kelahiran Perancis itu  pantas menafikan laporan tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan adalah berita mengarut. Sudah tentu akan memberitahu semua jika saya menandatangani dengan mana-mana pasukan tetapi berita ini tidak betul,” jelasnya.

Wenger masih lagi berehat tanpa terikat dengan mana-mana pasukan selepas melepaskan tugas 22 tahunnya di Arsenal pada September lalu.

Pengurus 69 tahun itu dikaitkan dengan spekulasi ke AC Milan selepas kelab tersebut hilang sabar melihat prestasi hambar skuad di bawah kendalian Gennaro Gattuso.

Milan memulakan musim kali ini agak hambar dengan berada di kedudukan keempat Serie A namun pihak pengurusan tertinggi mahukan sesuatu yang lebih baik selepas melabur sejumlah 130 juta pound bagi persiapan pasukan musim ini.

Menurut laporan France Football, pelabur dari Amerika Elliott Management Corporation yang kini merupakan pemilik AC Milan, Paul dan Gordon Singer berminat untuk mendapatkan Wenger dan sudah memulakan perbincangan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast