KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan, AirAsia X akan menggantung penerbangan harian Kuala Lumpur-Auckland berkuatkuasa 11 2019.

Tindakan itu diambil susulan kajian semula rangkaiannya bagi meningkatkan keberkesanan operasi.

Sebagai sebahagian daripada kajian semula itu, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu akan mengurangkan kekerapan ke destinasi di New Zealand kepada empat penerbangan seminggu bermula 29 Januari 2019 iaitu pada hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.

Menurut kenyataan AirAsia, penumpang yang terjejas dengan kajian semula itu akan dimaklumkan menerusi e-mel, SMS atau panggilan telefon berdasarkan kaedah perhubungan yang diberikan ketika membuat tempahan.

“AirAsia menggalakkan semua penumpang mengemaskini perincian maklumat perhubungan mereka menerusi airasia.com bagi memstikan mereka boleh dihubungi untuk bantuan selanjutnya,” katanya.

Bagi penumpang yang membuat tempahan menerusi agen pelancongan, mereka boleh menghubungi agen mereka secara langsung.

Menurut AirAsia, ia akan membantu penumpang yang terjejas dengan kajian semula itu dengan mengatur perjalanan alternatif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast