Kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat telah meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa.

LOS ANGELES – Sebanyak 14 lagi mayat ditemui di utara California, menjadikan jumlah angka korban kebakaran hutan meningkat kepada 25 orang.

Terdahulu, sebanyak sembilan orang terbunuh di bandar Paradise yang terletak di utara negeri itu menakala manakala dua orang lagi terkorban di selatan California dalam kebakaran di utara dan barat Los Angeles, lapor abc.net.au

Dalam tempoh kurang dua hari, kebakaran berhampiran Los Angeles telah memusnahkan lebih 150 buah kediaman dan arahan untuk meninggalkan kawasan tersebut membabitkan 250,000 penduduk telah dikeluarkan, termasuk di Malibu yang merupakan lokasi kediaman artis-artis Hollywood.

Keadaan yang tenang memberi harapan kepada anggota bomba untuk mengawal kebakaran yang telah merebak ke arah laut yang telah memusnahkan pelbagai jenis kediaman.

Tiupan angin di kawasan bukit dan gaung yang kering di utara dan barat Los Angeles dijangka berkurangan pada Ahad dan kelajuannya dijangka kembali meningkat sehingga 85 kilometer sejam.

Keadaan yang tenang pada Sabtu memberi peluang kepada anggota bomba untuk mengawal kebakaran dan bertukar anggota bagi menggantikan mereka yang telah bertungkus lumas selama dua hari tanpa rehat, kata ketua jabatan bomba Los Angeles, Daryl Osby.

Bagaimanapun, Osby memberi amaran lebih banyak rumah akan musnah berikutan tiupan angin kencang.

Lewat malam Jumaat, anggota bomba berjaya mengekang kebakaran daripada merebak namun saiz kebakaran di Woolsey meningkat dua kali ganda, iaitu seluas 141 kilometer persegi. – Agensi