KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Pulau Pinang dan Perak serta Selat Melaka Utara, Condore, Reef North sehingga 10 pagi ini.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. – MalaysiaGazette