LONDON – Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne sudah tidak sabar kembali beraksi pada awal bulan, lebih awal daripada jangkaan doktor.
De Bruyne mengalami kecederaan koyak ligamen ketika menang ke atas Fulham 1 November lalu dan dinasihatkan berehat selama enam minggu.
The Guardian melaporkan, pemain antarabangsa Belgium itu memberi tindakan balas pantas dan positif .terhadap rawatan diterimanya.
Dia yakin dapat mula bermain dalam dua perlawanan – Bournemouth di laman sendiri pada 1 Disember atau Watford tiga hari kemudian.
De Bruyne tidak mahu terlepas peluang bermain bagi pertembungan penentu gelaran bertemu Chelsea di Stamford Bridge pada 8 Disember ini.
Pasukan kendalian Pep Guardiola sebelum ini beraksi tanpa De Bruyne untuk sebahagian besar perlawanan dalam tempoh dua bulan sebelum ini kerana masalah sama. – MalaysiaGazette