SINGAPURA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kepulangan penuh nostalgia ke alma mater beliau – Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Di universiti itu, beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang.

Kemudian, pada tengah hari, Perdana Menteri juga akan dianugerahkan Penaung kehormat oleh Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN.

Dr Mahathir juga dijadual menghadiri majlis makan tengah hari oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Singapura selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Perdana Menteri kemudian akan menyertai rakan sejawatannya dari ASEAN untuk upacara pembukaan rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.

Dr Mahathir juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast