Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, rasuah di negara ini sangat memalukan dan amat membimbangkan.

Malah katanya, beliau malu untuk mengakui bahawa dirinya adalah warga Malaysia apabila bertemu warga asing ketika berada diluar negara.

“Orang selalu bertanya apa tahap korupsi. Orang biasanya tidak mahu memberikan jawapan yang tepat.

“Bagi saya, ia membimbangkan. Fakta adalah Indeks Persepsi Rasuah 2014 skor kami adalah 52. Kami hampir tidak lulus, ia adalah kelas C,” katanya dalam Forum Permuafakatan SPRM-KPM 2018 di Dewan Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Hadir sama adalah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin.

Indeks Persepsi Rasuah pada 2016 penarafan itu naik kepada 49, dan tahun lalu Malaysia mendapat markah 47.

“Pada tahun lepas, kami dikenali di dunia sebagai negara kleptokratik.

“Kami tidak tahu sebagai negara yang berintegriti. Ini memalukan.

“Orang asing tanya saya dari mana, saya malu nak sebut saya orang Malaysia, sampai peringkat macam itu, saya kata saya rakyat Indonesia,” katanya lagi.

Pada tahun ini, Malaysia mencatat penurunan sebanyak 7 tangga dan kini berada pada kedudukan ke-62 daripada 180 negara dalam indeks rasuah dikeluarkan oleh badan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI), prestasi yang terburuk sejak 5 tahun lepas.

Malaysia muncul pada kedudukan ketiga dalam kalangan 10 negara ASEAN, ia masih jauh terkebelakang dari segi markah.

Di tempat teratas dalam kalangan ASEAN adalah Singapura dengan 84 markah, yang juga mendapat tempat ke-6 dalam kedudukan antarabangsa, diikuti Brunei dengan 62 markah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast