KUALA LUMPUR – Isteri Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid secara seloroh memberitahu dia tidak mahu lagi mengikuti (unfollow) suaminya di laman sosial Instagram.
Ini kerana kata beliau, Aliff Syukri tidak pandai hatinya yang ketika ini berada di Mekah untuk menunaikan umrah.
Semuanya gara-gara usahawan kosmetik itu ingin membuat aplikasi video Tik Tok bagi single terbaharunya yang berjudul Biar Apa Orang Kata.
“Dato tak pandai jaga hati isteri…. saya unfollow la Dato macam ni.. isteri kat Mekah Dato buat tiktok,” tulisnya di ruang komen Instagram suaminya itu.
Komen itu dibuat selepas Aliff Syukri memuatnaik status ingin membuat aplikasi video Tik Tok bagi single terbaharu berjudul Biar Apa Orang Kata di laman sosialnya itu.
Sebelum ini, Nur Shahida pernah menasihatkan suaminya supaya tidak menghadiri konsert Gegar Vaganza pada minggu-minggu akan datang.
Ini kerana beliau kecewa dengan kritikan netizen yang berterusan dan turut mencadangkan kepada suaminya supaya pulang ke kampung untuk membela kambing dan menjaga ayam serta itik.
Luahan tersebut ditulis Nur Shahida susulan tindakan netizen yang berlarutan mengecam jutawan kosmetik itu kerana terlanjur percakapan ketika mempromosikan produk pemutih gigi semasa siaran langsung konsert GegarVaganza musim kelima dua minggu lalu.
Dalam rancangan itu, Aliff telah mengeluarkan perkataan ‘berwajah hodoh dan bomoh’ terhadap seorang penonton yang berada di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan konsert itu. – MalaysiaGazette