Hutang China semakin meningkat

KUALA LUMPUR –  Pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik sangat terancam oleh perang perdagangan global dan fahaman perlindungan yang semakin meningkat, menurut laporan baru oleh Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik (PECC).

Laporan Tahunan Keadaan Serantau ke-13 daripada PECC untuk tahun 2018/19 diterbitkan hari ini sempena Persidangan Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Port Moresby, Papua New Guinea.

Ia merangkumi hasil tinjauan 529 pakar dasar serantau mengenai perkembangan dan cabaran utama yang dihadapi oleh rantau Asia Pasifik. Mengikut tinjauan tersebut, lima risiko utama pertumbuhan ekonomi serantau dalam masa dua hingga tiga tahun yang akan datang ialah:

• Fahaman perlindungan yang semakin meningkat dan perang perdagangan – 62.1%
• Kelembapan pertumbuhan perdagangan dunia yang mungkin – 43.9%
• Kelembapan ekonomi China yang mungkin – 43.3%
• Kurangnya kepimpinan politik – 36.1%
• Rasuah – 32.7%

Rantau Asia Pasifik dijangka meningkat 3.7 peratus pada tahun 2019, penurunan ketara berbanding ramalan yang dibuat pada awal tahun 2018.

Ini hasil daripada risiko terhadap pertumbuhan yang menjadi kenyataan seperti konflik perdagangan, harga komoditi yang lebih tinggi, kadar faedah yang meningkat dan pasaran modal yang tidak menentu.

Kelembapan perdagangan dunia dan ekonomi China juga banyak dipertimbangkan oleh responden dengan 42.7 peratus daripada responden menjangkakan bahawa pertumbuhan ekonomi Beijing akan menjadi lebih lemah pada tahun yang akan datang, namun begitu India (42.3 peratus) dan Asia Tenggara (49.1 peratus) dijangka mempunyai pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh pada tahun yang akan datang.

Ini berbeza daripada pandangan responden terhadap ekonomi global dengan hanya 26.4 peratus menjangkakan pertumbuhan yang lebih kukuh pada tahun yang akan datang.

Ketua Setiausaha PECC, Eduardo Pedrosa, Ketua Setiausaha PECC berkata, walaupun fahaman perlindungan jelas semakin meningkat, ia sedikit meyakinkan bahawa terdapatnya langkah-langkah liberalisasi yang dilaksanakan oleh ekonomi Asia-Pasifik.

“Ini termasuk kesimpulan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) Komprehensif dan Progresif serta rundingan berterusan mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang seharusnya memberikan jumlah kepastian dasar yang kritikal yang akan menggalakkan pelaburan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Don Campbell, Pengerusi Bersama PECC menambah, adalah penting bagi pemimpin politik dan perniagaan mengiktiraf keperluan untuk menguruskan kebimbangan ekonomi dengan mempunyai dasar yang jelas bagi menggalakkan kerjasama dan koordinasi antara satu sama lain.

Laporan itu turut mengkaji kesan kemajuan teknologi yang diunjur menyebabkan Asia Pasifik, Asia Tenggara dan Asia Timur laut kehilangan pekerjaan menjelang tahun 2030.

Pekerjaan dengan keperluan kemahiran yang lebih rendah kemungkinan besar akan paling terjejas dengan 64.1 peratus menjangkakan penurunan bilangan pekerja sokongan perkeranian menjelang tahun 2030, diikuti oleh 59.1 peratus untuk operator loji dan mesin.

Ia turut menjejaskan 58 peratus buruh dalam perlombongan, pembinaan, pembuatan dan pengangkutan; dan 56.5 peratus untuk perkhidmatan peribadi dan peranan jualan.

Dengan pengurangan pekerjaan, kira-kira separuh daripada responden menjangkakan keadaan berlebihan pekerja dalam profesion yang sama di Asia-Pasifik menjelang tahun 2030.

Laporan itu menambah, dengan peningkatan teknologi baharu dan populasi Asia Pasifik yang semakin tua, kekurangan pekerjaan yang terbesar dijangkakan dalam profesional sains dan kejuruteraan (59.2 peratus); pekerja penjagaan warga emas (56.3 peratus); dan profesional teknologi maklumat dan komunikasi (55.3 peratus). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast