KUALA LUMPUR – Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem Polis Evo 2 tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk agama Islam.
Filem berbentuk fiksyen itu didapati tiada percanggahan dengan mana-mana peruntukan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri, kata LPF dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru,LPF telah menonton tapis filem Polis Evo 2 dan memberi keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam.
Kenyataan itu merujuk kepada isu filem berkenaan yang didakwa sebagai memberi imej buruk agama Islam oleh sesetengah pihak.
Filem Polis Evo 2 memaparkan kisah dua orang pegawai polis yang mengintip pergerakan ketua sindiket pengedar dadah di sebuah pulau.
Dalam operasi tersebut mereka terperangkap dengan insiden serangan kumpulan pengganas yang menawan dan menjadikan penduduk-penduduk pulau tersebut sebagai tebusan. Secara keseluruhan, filem tersebut mengisahkan tentang usaha pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan menyelamatkan orang awam yang terlibat dalam insiden keganasan yang dipaparkan. – MalaysiaGazette
tak minat