KUALA LUMPUR – Keputusan untuk merombak Kabinet adalah kuasa mutlak perdana menteri, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Tambahnya, sebagai seorang menteri, beliau bersama-sama rakan-rakan Kabinet yang lain hanya perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Ia adalah hak prerogatif perdana menteri.
“Biar apa pun yang terjadi, mustahak untuk saya dan rakan-rakan menteri yang lain untuk bekerja keras kepada rakyat kerana itulah tugas utama kami,” katanya ketika ditanya mengenai ura-ura rombakan kabinet tidak lama lagi.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar merupakan menteri Kabinet paling muda dalam sejarah.
Menurut laporan beberapa blog dan akhbar, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan bakal melakukan rombakan barisan kabinet dengan menggugurkan beberapa nama seperti Menteri Pembagunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Beberapa pertukaran portfolio penting juga dikatakan menjadi sebahagian agenda dalam rombakan berkenaan.-MalaysiaGazette