CALIFORNIA – Kebakaran besar yang melanda bandar California memerlukan pembangunan total dan kerja-kerja itu mengambil masa bertahun.
Pengarah Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Brock Long berkata, kerosakan di Paradise adalah bencana paling buruk pernah berlaku.
Setakat ini, 48 orang ditemui maut dan lebih 100 orang masih hilang, kebanyakan warga emas.
Pada ketika ini, kira-kira 9,000 anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran.
“Saya mahu mengulangi lagi, kita akan terus melakukan banyak usaha, kita akan terus berada di sini, kita akan pastikan kerja-kerja diselesaikan,” katanya dalam taklimat media.
Bomba berjaya memadamkan 35 peratus kebakaran di utara California yang telah menjadi kebakaran paling dahsyat dalam sejarah negara.
Malah, bomba tidak memberi jaminan dapat menyelesaikan kebakaran itu sehingga akhir bulan ini memandangkan kawasan terjejas seluas 54,600 hektar.
Sehingga kini, sebanyak 7,600 kediaman musnah, selain beratus-ratus hartanah komersial.
Gabenor Brown yang melawat kawasan itu menyifatkan lokasi terbabit seperti zon perang.- MalaysiaGazette