Keputusan untuk merombak Kabinet adalah kuasa mutlak perdana menteri, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Tambahnya, sebagai seorang menteri, beliau bersama-sama rakan-rakan Kabinet yang lain hanya perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk berkhidmat kepada rakyat. “Ia adalah hak prerogatif perdana menteri.
“Biar apa pun yang terjadi, mustahak untuk saya dan rakan-rakan menteri yang lain untuk bekerja keras kepada rakyat kerana itulah tugas utama kami,” katanya ketika ditanya mengenai ura-ura rombakan kabinet tidak lama lagi.