KUALA LUMPUR – GV5 Road To Finale yang dibawakan oleh Astro GO dan Astro Circle malam tadi merupakan inisiatif promosi sempena minggu akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) yang akan berakhir Ahad ini.

Ini merupakan kali pertama majlis seumpama itu diadakan dan dihadiri lebih dari 170 tetamu istimewa dan dihoskan oleh Elly Ariffin dan Zoey Rahman di Ruyi & Lyn, BSC Bangsar bermula jam 7.45 malam.

Objektif asal GV5 Road To Finale Party adalah untuk meraikan pelanggan Astro GO dan Astro Circle secara eksklusif yang juga peminat aktif Gegar Vaganza di mana mereka berpeluang untuk menonton persembahan live peserta GV5.

“Mereka juga boleh beramah mesra secara dekat dengan peserta GV5. Ini merupakan hadiah untuk pelanggan dan peminat Astro yang telah memberikan sokongan yang padu terhadap selama ini,” ujar Astro dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua peminat yang hadir dipilih daripada peraduan mudah yang dianjurkan oleh Astro GO dan Astro Circle pada tiga minggu sebelum majlis berkenaan.

Selain itu, GV5 Road To Finale Party adalah sebagai majlis untuk meraikan finalis akhir GV, perserta, media dan team belakang tabir GV5 (tenaga produksi, komunikasi, rakan GV5, Gempak, Sinar dan Raku dan Singtel.

Pada malam itu, antara bintang GV5 yang membuat persembahan adalah
Elite (GIG). Safura (Sway dari Michael Buble), Farawahida (Diamonds, Rihanna), Shafie RIO (Yang Penting Happy, Jamal Mirdad) dan Forteen (Medley KRU)

Antara selebriti yang hadir malam itu adalah kesemua Bintang GV5 kecuali Zamani (tidak hadir atas faktor kesihatan), Wany Syaz, Afiq dan Tajul dari Bintang Minggu ini dan penampilan istimewa kesemua finalis Dewi Remaja 2018.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast