KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melakukan kesilapan apabila tidak menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Pasifik dan ASEAN.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, ketiadaan Donald Trump adalah mesyuarat itu tidak masuk akal.
“Ketika Donald Trump membuat banyak kesilapan, kesalahan besarnya adalah mengelak dari dunia,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.
Katanya lagi, bekas Presiden AS, Barack Obama telah mewujudkan platform ekonomi yang terbaik ketika lapan tahun menerajui negara itu dan ia dinikmati oleh pentadbiran sekarang.
“Tiada siapa yang mengubah ekonomi dalam satu setahun,” katanya sambil memberitahu AS kini membina rintangan dalam imigresen dan perdagangan.
Tambahnya: “Saya kasihan kepada Presiden AS seterusnya yang terpaksa menghadapi masalah”. – MalaysiaGazette