Salah satu iklan penempatan Airbnb di Jerusalem. foto Agensi

SAN FRANCISCO – Airbnb akan mengeluarkan senarai semua kediamannya di penempatan Israel yang terletak di Tebing Barat.

Keputusan itu dibuat kerana penempatan itu menjadi teras pertikaian antara Israel dan Palestin.

Langkah itu telah disambut baik oleh rakyat Palestin.

Namun, Israel menyifatkan keputusan itu sebagai “memalukan” dan mengancam tindakan undang-undang.

Penempatan Tebing Barat dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa, walaupun Israel membantah perkara ini.

Palestin dan kumpulan hak asasi manusia sebelum telah mengkritik Airbnb kerana mempunyai senarai kediaman untuk disewa dalam penempatan Israel di Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan, Airbnb berkata: “Undang-undang Amerika Syarikat membenarkan syarikat-syarikat seperti Airbnb untuk melibatkan diri dalam perniagaan di wilayah-wilayah ini.

“Pada masa yang sama, ramai dalam komuniti global telah menyatakan bahawa syarikat-syarikat tidak sepatutnya melakukan perniagaan di sini kerana mereka percaya syarikat-syarikat tidak seharusnya mendapat keuntungan di atas tanah di mana penduduk telah dipindahkan”.

Berdasarkan penilaian, Airbnb berkata, syarikat memutuskan untuk mengeluarkan senarai penempatan di Israel di Tebing Barat yang menjadi teras pertikaian antara Israel dan Palestin.

Saeb Erekat, Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin berkata, adalah penting bagi Airbnb untuk mengikuti kedudukan undang-undang antarabangsa bahawa Israel adalah kuasa yang menduduki dan sehubungan itu penempatan Israel di Tebing Barat, termasuk yang diduduki Jerusalem Timur, adalah haram dan merupakan jenayah perang.

Tetapi Menteri Pelancongan Israel Israel Yariv Levin berkata, keputusan Airbnb itu adalah kecelakaan dan usaha untuk boikot.

Katanya, Israel akan bertindak balas dengan tindakan undang-undang terhadap Airbnb di mahkamah Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast