KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad melantik Spencer Lee sebagai Ketua Pegawai Eksekutif BIG Loyalty Sdn. Bhd.
BIG Loyalty merupakan syarikat yang dimiliki AirAsia yang mengendalikan program AirAsia BIG Loyalty.
Spencer bukan nama baharu kerana sudah menyertai AirAsia sejak tahun 2006 dan memegang tanggungjawab dalam pelbagai peranan dalam pemasaran dan pembangunan pendapatan tambahan.
Sebelum ini, beliau adalah Pengarah Komersial AirAsia Malaysia, selain pernah menjawat Ketua Eksekutif Komersial dan Strategi Redbeat Ventures, sayap digital AirAsia. – MalaysiaGazette