SERDANG – Satu Majlis Usahawan Muda akan dilancarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada awal tahun depan untuk memperkasa anak muda menceburi bidang pertanian negara.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayob berkata, majlis itu telah dicadangkan beliau sendiri pada awal Julai lalu.

“Melihat komitmen dan penglibatan usahawan muda sangat meyakinkan saya, maka perkara ini telah dibincangkan di peringkat kementerian melalui satu proses perbincangan yang panjang kerana benda ini benar-benar dapat diangkat sebagai satu platform penting.

“Maka menyedari perlunya satu kertas kabinet, ia telah pun disiapkan dan insya Allah akan dibawa ke kabinet minggu depan.

“Sekiranya diluluskan dalam kabinet, kita insyallah akan melancarkan tahun hadapan,” katanya semasa lawatan Media Tour memantau persiapan akhir menjelang Pameran Pertanian, Hortikultur dan pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018 di Tapak Pameran Pertanian Malaysia Serdang hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan subsidi nelayan untuk musim tengkujuh, Salahuddin berkata, pihaknya sedang melakukan pemutihan dan pembersihan senarai nelayan yang terdiri daripada 54,000 orang.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 40,000 nelayan telah selesai melalui pemutihan yang nelayan sebagai usaha mengelak ketirisan, penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam skim bantuan bersasar yang disasarkan untuk nelayan.

“Sebenarnya kita telah buat pemutihan sejak Mei lepas dan pemutihan ini penting supaya dapat menentukan bilangan nelayan asli bagi elak penipuan, ketirisan dan penyalahgunaan skim bantuan itu.

“Berdasarkan bajet yang diputuskan untuk kementerian kami, saya yakin dengan pemutihan itu kita dapat memastikan paling tidak nelayan akan dapat apa yang mereka dapat sebelum ini dari segi jumlah subsidi dan seumpamanya.

“Kita buat kerja untuk memberi bantuan kepada nelayan yang sebenarnya.. mungkin akan berlaku kekurangan akibat bajet dan itu biasa tetapi sebagai menteri adalah tanggungjawab saya untuk memastikan nelayan tidak diabaikan,” ujarnya.

Menurutnya beliau akan mohon kepada Kementerian Kewangan jika bantuan sedia ada tidak mencukupi membela nelayan.

“Sekadar pemantauan saya apa yang mereka (nelayan) takut ialah bantuan untuk bulan Oktober dan November ini…jangan risau, bajet 2018 masih berjalan… kita dah bagi yang patut hampir selesai. kita ada skim bagi musim tengkujuh nanti,” tegasnya.

Kementerian terpaksa menjalankan proses pemutihan nelayan setelah menyedari bahawa menjelang PRU-14 terdapat skim untuk memberikan lesen kepada pihak yang memegang kelas A bermotifkan PRU-14 dan berjanji akan ditangani secara tegas dan komited.

Ditanya mengenai nasib ageing farmer atau petani yang sudah berusia untuk melindungi pertanian khususnya tanaman padi secara berterusan, katanya selain mahu usahawan anak muda berpengetahuan dan kemahiran akan diserap dalam sektor tersebut.

“Antara mekanisme ialah memberi pengiktirafan kepada petani muda dan ada sikim disedikan oleh kerajaan dan apabila majlis usahwan muda diwujudkan nanti, mereka akan dapat platform kukuh bukan sekadar petani, tapi telibat dalam membuat dasar malah juga akan dapat diserap dalam mana mana sektor pertanian.

“Petani faktor usia akan diganti oleh usahwan muda yang berpotensi yang kita akan lengkapkan dengan kemahiran ilmu dan kemudahan secukupnya,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast