KUALA LUMPUR – AirAsia akan berpindah semula operasi penerbangan antarabangsa di Jakarta dari Terminal 3 ke Terminal 2 di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta mulai 12 Disember ini.

Dengan perpindahan itu, semua penerbangan AirAsia termasuk domestik akan beroperasi di terminal tunggal.

Perpindahan itu bagaimana pun tidak membabitkan perubahan jadual penerbangan.

Bagaimanapun, untuk kemudahan, para penumpang yang berlepas dari Jakarta dinasihatkan untuk mendaftar masuk melalui airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia, mencetak pas masuk mereka sebelum pergi ke lapangan terbang, dan juga tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum penerbangan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast