Editor The Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown
Clare Rewcastle Brown

PETALING JAYA – Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini memfailkan saman terhadap pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Recastle-Brown dan dua pihak lagi berhubung kenyataan fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Peguam Datuk Mohd Haaziq Abdullah, yang mewakili Sultanah Terengganu, berkata selain Clare, turut dinamakan sebagai defendan dalam saman fitnah itu ialah penerbit tempatan Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd.

Mohd Haaziq berkata anak guamnya mengambil keputusan untuk meneruskan tindakan saman itu berikutan kesemua pihak terlibat gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes.-BERNAMA

http://malaysiagazette.com/blog/2018/09/29/sultanah-nur-zahirah-tuntut-permohonan-maaf-dan-ganti-rugi-rm100-juta/