Polis hari ini merakam keterangan daripada wartawan penyiasatan Clare Rewcastle-Brown berhubung satu saman yang difail Sultanah Terengganu, Sultanan Nur Zahirah. foto AFFAN FAUZI, 08 SEPTEMBER 2018
Clare Rewcastle Brown

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merakam keterangan daripada wartawan penyiasatan Clare Rewcastle-Brown berhubung satu saman yang difail Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Keterangannya diambil di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Pengasas dan editor Sarawak Report itu memberitahu pemberita bahawa sesi yang bermula trengah hari itu berlangsung selama tiga jam.

“Saya disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah, di samping Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Rewcastle-Brown berkata beliau dijangka akan memberi keterangan sekali lagi kepada polis, dan beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Sultanah Nur Zahirah menfail saman itu pada 21 Nov terhadap Rewcastle-Brown dan dua lagi kerana dikatakan menfitnahnya dalam satu buku yang berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast