KUALA LUMPUR – Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menerima bayaran sejumlah RM1.325 bilion dari kerajaan sebagai penyelesaian penamatan konsesi Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL).
Dengan pembayaran itu, maka ia berakhirlah program rasionalisasi bukan aset teras transformasi korporat MRCB.
Wang tersebut telah diterima oleh MRCB melalui anak syarikat miliknya, MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd,
“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan bagi rundingan pantas dan pembayaran yang dilunaskan, yang mana ia mengukuhkan imbangan kira-kira kami,” kata Ketua Pegawai Kewangan MRCB, Ann Wan Tee. – MalaysiaGazette