HARARE – Robert Mugabe dilaporkan tidak boleh berjalan disebabkan masalah kesihatan.
Bekas Presiden Zimbabwe itu telah menjalani rawatan tanpa mendedahkan penyakitnya sejak dua bulan lalu.
Emmerson Mnangagwa berkata, Mugabe juga pernah berulang-alik ke Singapura menjelang akhir pemerintahannya.
Beliau turut menerima rawatan mata.
Mnangagwa kini menjadi Presiden Zimbabwe selepas Mugabe disingkirkan susulan campur tangan tentera.
Mugabe berkuasa selama 37 tahun, bermula sebagai Perdana Menteri dan kemudian menjadi Presiden.
Beliau menerajui kemerdekan Zimbabwe daripada pemerintahan minoriti kulit putih.
Meskipun sudah tidak boleh berjalan, Mnangagwa berkata, kesihatan Mugabe semakin baik dan akan balik ke negara minggu depan.
Rawatan Mugabe dibayar oleh kerajaan negara itu. – MalaysiaGazette