Asmuni Awi
Asmuni Awi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, Asmuni Awi mendakwa pernah diajak oleh UMNO supaya keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan menjanjikan jawatan Menteri Besar.

Beliau mendakwa, UMNO telah menghantar wakil berjumpanya pada 1 November lalu menawarkan pembentukan kerajaan bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas serta wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Bagaimanapun, saya menolak bulat-bulat tawaran yang dibuat oleh individu yang sangat saya kenali itu,” katanya dipetik wawancara oleh Astro Awani di Ipoh, Perak hari ini.

Beliau mengulas desas desus mengatakan wujud gerakan yang serius untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, beliau boleh mengesahkan bahawa PAN solid di belakang Menteri Besar untuk mendokong kerajaan yang ada pada hari ini.

“Ahli-Ahli Dewa Undangan Negeri (ADUN) dari parti komponen PH yang lian juga turut berpendirian sama. Tidak ada sebarang masalah yang boleh cetuskan pertelingkahan dan kestabilan,” katanya.

Ditanya siapakah individu yang menemuinya itu, Asmuni berkata, dia seorang yang pernah memegang jawatan tinggi dalam UMNO Perak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast