Pergaduhan antara dua kumpulan di dalam kawasan Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya berpunca daripada perselisihan faham berhubung perpindahan kuil berkenaan.
Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, selepas menerima laporan, anggotanya tiba ke kawasan kuil berkenaan bagi memastikan keadaan terkawal.