SUBANG JAYA – Walaupun situasi di Kuil Sri Maha Mariamman tenang daripada perusuh semenjak pagi tadi namun masih mendapat perhatian sebilangan penganutnya.
Sebanyak lebih kurang 50 penganut hindu yang berada di sini berbanding tengah hari tadi yang jumlahnya kurang.
Anggota polis sentiasa berada di kawasan ini mengawal ketat keadaan sejak kejadian.
Turut kelihatan Unit Forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas di kawasan kuil.
Semalam, pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara sekumpulan pemuda yang ditangkap polis kerana enggan bersurai dari kuil.
Salah seorang pemuda ditahan polis merupakan pelajar SPM yang akan menduduki kertas agama Islam pada pagi ini.-MalaysiaGazette