ZURICH – Ahli Jawatankuas Etika Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Datuk Sundra Rajoo meletak jawatan semalam, seminggu selepas beliau digantung berikutan siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atasnya, kata badan bola sepak dunia itu, lapor Reuters.
Menurut kenyataan FIFA, ia telah ‘mengambil perhatian pelepasan jawatan serta merta Sundra Rajoo sebagai timbalan pengerusi tertakluk kepada siasatan dewan’.
Ia tidak memberi maklumat lanjut mengenai siasatan itu atau dakwaan terhadap Rajoo, yang tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan. – Agensi