SINGAPURA – Rizab Persekutuan sedang meningkatkan siasatannya bagaimana eksekutif Goldman Sachs Group Inc. gagal mematuhi prosedur bank ketika membantu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meraih berbilion ringgit.

Siasatan itu mengkaji tindakan bank pelaburan yang berpangkalan di New York serta individu.

Menurut sumber yang mengetahui perkara itu berkata, Rizab Persekutuan sudah mendapat momentum dalam siasatannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Rizab Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa penjenayah tetapi ia boleh dan sering melakukan sekatan terhadap individu yang terlibat dalam skandal perbankan.

Difahamkan bank tersebut sebelum ini telah menemuramah bekas dan kakitangan Goldman Sachs.

Malah, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, wakil-wakil dari Goldman Sachs bertemu dengan Rizab Persekutuan.

Sumber berkata, dalam siasatan yang dijalankan, Goldman Sachs masih mempertahankan sistem pematuhan kawalan bank berkenaan.

Sebagai pengawal selia utama Goldman Sachs, Rizab Persekutuan mempunyai bidang kuasa yang besar untuk mengenakan tindakan atau pertuduhan ke atas bank tersebut.

Bagaimanapun, Rizab Persekutuan enggan mengesah atau menafikan siasatan yang dijalankan.

“Adalah menjadi polisi Rizab Persekutuan untuk tidak mengesah atau menafkan wujudnya siasatan berkenaan.

“Kami merujuk pelanggaran jenayah kepada Jabatan Kehakiman seperti yang diperlukan dan melaksanakan penguatkuasaan dan keselamatan dan kekuasaan kami sekiranya fakta itu dijamin,” kata bank itu menerusi emel.

Dalam pengakuan bersalah yang diumumkan bulan ini, bekas Ketua Asia Tenggara Goldman Sachs, Tim Leissner, berkata, beliau dan beberapa individu lain berkomplot untuk menyembunyikan fakta daripada pematuhan firma dan kakitangan undang-undang.

Leissner berkata, beliau dan rakannya menyembunyikan, contohnya, penglibatan Low Taek Jho ketika sedang meraih dana lebih daripada AS$6 bilion untuk 1Malaysia Development Bhd. – MalaysiaGazette