TOKYO – Seorang juruterbang Jepun dipenjarakan selepas mengambil alkohol lebih daripada had yang dibenarkan ketika sedang bersedia untuk menerbangkan penumpang dari Lapangan Terbang Heathrow.
Hakim Phillip Matthews yang mengutuk tindakan Katsutoshi Jitsukawa, 42, itu berkata, masa depan Japan Airlines ketika itu ‘cukup ngeri untuk dikenangkan’.
Jitsukawa dikenakan hukuman penjara selama 10 bulan oleh Mahkamah Isleworth Crown.
Juruterbang itu berkata, hukuman itu merupakan satul “penghinaan yang buruk”.
Dia ditangkap pada 28 Oktober lalu di lapangan terbang setelah gagal menjalani ujian nafas 50 minit sebelum penerbangan Japan Airlines ke Tokyo.
Ujian yang dijalankan mendapati dia mempunyai 189mg alkohol setiap 100 mililiter (ml) darah sedangkan had undang-undang untuk seorang juruterbang adalah 20mg sahaja.
Had alkohol yang dibenarkan di England, Wales dan Ireland Utara adalah 80mg setiap 100ml darah.
Jitsukawa mengakui sukar fungsi penerbangan apabila mengalami gangguan akibat alkohol.
Hakim Phillip Matthews menggambarkan juruterbang bersama, yang telah dipecat itu sebagai “sangat mabuk” menjelang tempoh penerbangan pada 28 Oktober lalu. – MalaysiaGazette