Datuk Dr Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berucap pada Ucapan Dasar Presiden PERKASA sempena Persidangan Agung Tahunan Ke-9 Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Tahun 2018 di Hotel Regency, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 02 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menghargai sikap Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengiktiraf badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan kebiadaban pemimpin negara yang cuba mempertikaian Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Saya menghargai kenyataan Muhyiddin semalam dia sebut para akhir, Perkasa yang sudah lama wujud 10 tahun dipimpin oleh pemimpin yang bertanggungjawab…Ibrahim Ali laa tu.

“Jadi terima kasih kerana pengiktirafan itu tapi Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri yang mengiktiraf bahawa kita adalah pemimpin bertanggungjawab.

“Tapi jangan ambil mudah, mentang-mentang kita bertolak ansur dan tunduk, lepas itu orang pihak kepala kita, kita tak buat apa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Perkasa kali ke-9, di Hotel Regency, di sini, hari ini.

MGF02122018_PERSIDANGAN AGUNG PERKASA_06
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali bersama Pimpinan Tertinggi PERKASA pada Persidangan Agung Tahunan Ke-9 Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Tahun 2018 di Hotel Regency, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 02 DISEMBER 2018.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin malam semalam terhadap penganjur dan peserta Himpunan Jihad Perkasa agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum di negara ini.

Muhyiddin menegaskan, peserta perhimpunan sempena Persidangan Agung Tahunan Perkasa itu juga perlu berhimpun secara aman dan mematuhi undang-undang pada setiap masa.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim juga berkata, pihak polis akan memantau perhimpunan anjuran Perkasa di Jalan Raja Alang, di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast