Foto Instagram Nora.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nora Ariffin berkongsi rasa sayu apabila dia akan menunaikan ibadah umrah hari ini tanpa suaminya iaitu Allahyarham Johan Nawawi.

Nora memberitahu, ia merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah seorang diri dengan ditemani jemaah lain.

“Hari ini I nak pergi umrah, sesungguhnya Allah sahaja tahu betapa hati merindui abang setiap masa dan detik bersama abang.

“Kenangan takkan pernah padam. Masih segar diingatan empat tahun lepas kali terakhir kita sama-sama mengerjakan umrah. Hari ini… I bersiap seorang diri melangkah bermusafir ditemani jemaah lain,” tulisnya di Instagram hari ini.

Pada masa sama, penyanyi lagu Sandiwara itu turut memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali dirinya sekiranya mempunyai kesalahan dengan sengaja atau tidak.

Dia berharap perjalanannya kali ini dipermudahkan dan berterima kasih kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang menaja ibadah tersebut.

Komposer Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017  di sebuah Pusat Perubatan di Subang Jaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast