CAESAREA – Satu koleksi duit emas yang dipercayai disembunyikan 900 tahun lalu ditemui oleh ahli arkeologi di sebuah bandar pelabuhan purba di Caesarea.

Ia ditemui bersama anting-anting emas dalam mangkuk perak di antara batuan di dalam sebuah telaga.

Berdasarkan penemuan barang-barangan itu, dipercayai sebanyak 24 keping duit emas itu telah disembunyikan oleh seseorang dengan harapan untuk mengambilnya.

Ahli arkeologi percaya pemiliknya mungkin mati semasa penduduk bandar itu dibunuh oleh tentera Salib pada tahun 1101.

Penemuan itu semasa kerja-kerja konservasi di tapak Warisan Dunia Caesarea. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast