Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika hadir untuk menyertai perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju " Bantah ICERD" di hadapan pusat membeli belah Sogo, Jalan Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Keadaan keselamatan di sekitar Jalan Raja, di sini, lokasi perhimpunan ‘kesyukuran’ menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), terus terkawal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, ketika dihubungi Bernama berkata, setakat petang ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata polis akan terus memantau dan mengawal keadaan perhimpunan aman ini sehingga selesai.

Tinjauan Bernama di lokasi tersebut setakat 4.30 petang ini, mendapati ada peserta perhimpunan mula beransur pulang ekoran hujan dan ada juga yang masih kekal di sana.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast