MELBOURNE – Seorang lelaki warga Australia yang berusia 28 tahun dihukum lima bulan penjara selepas membunuh seekor kanggaru.
Perbuatan itu dirakam dan kemudian di tularkan di media sosial.
Ricky Ian Swan adalah salah seorang dari empat lelaki yang dituduh pada bulan September dengan menggunakan senjata untuk menyiksa dan membunuh dua ekor haiwan itu.
Swan mengejar salah seekor daripada kanggaru hingga menyebabkan ia cedera dan kemudian menendangnya sehingga mati.
“Anda menundukkan haiwan ini dengan serangan ganas dan kejam,” kata Majistret Deen Potter yang dipetik oleh ABC News.
Potter juga mengatakan perbuatan Swan adalah kekejaman terhadap haiwan, termasuk penyeksaan, penipuan dan tingkah laku yang berniat jahat.
Mahkamah Majistret Joondalup di Australia Barat telah menjatuhi Swan 12 bulan penjara dengan segera tetapi hukuman tujuh bulan digantung.
Swan sebelum ini mengaku bersalah terhadap dua dakwaan kekejaman terhadap haiwan. – MalaysiaGazette