Tengku Puteri Nor Zehan yang juga Yang Dipertua, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK II).
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal Abidin; bekas Peguam Cara Negara II, Datin Paduka Zauyah T. Loth Khan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Shahril Ridza Ridzuan merupakan penerima Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) – yang membawa gelaran Datuk Seri bagi lelaki dan Datin Paduka Seri bagi wanita.
Sementara itu, Tengku Puan Indera Setia Selangor, Tunku Irinah Almarhum Tuanku Jaafar; Ahli Dewan di-Raja Selangor, Datuk Salehuddin Saidin dan Pro Canselor Universiti Putra Malaysia, Tan Sri Lim Ah Lek @ Lim Mok Siang menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Datuk Setia bagi lelaki dan Datin Paduka Setia bagi wanita.
Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah di sini.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendahului senarai sembilan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.
Penerima DPMS lain ialah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany; Panglima 11 Briged ATM, Brig. Jeneral Dr Mohd Radzi Abdul Hamid; Ketua Polis Selangor Datuk Pahlawan Mazlan Mansor; Pengarah Touch Group Holdings Sdn Bhd, Tengku Datuk Muhamad Mazlan Tengku Putera Zainal Abidin; Pegawai Daerah Petaling, Roslinah Md Jani; Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor, Muhammad Ridzuan Arshad; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Mohd Sayuthi Bakar dan Profesor Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohd Ali Hassan.
Selain itu, seramai 10 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.
Mereka adalah Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL), Laksamana Pertama Anuar Alias; Pengerusi Antara Holiday Sdn Bhd, Tan Sri Azman Shah Haron; Ketua Eksekutif Cancer Research Malaysia, Prof Dr Teo Soo Hwang; Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohd Hair Bejo (ulang: Mohd Hair Bejo) Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Mohd Khalid Mohd Noordin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abd. Hamid Hussain.
Yang turut menerima DSIS ialah Pengerusi Singapore GP Pte Ltd yang juga Ketua Delegasi Pasukan Singapura, Piala Sultan Selangor Teo Hock Seng; Dekan Fakulti Komunikasi Help University, Dr Khairuddin Othman; Ketua Pegawai Eksekutif, Education and Healthcare Division Sunway Group, Dr Lee Weng Keng dan Pengarah Eksekutif Teknikal dan Pengeluaran Nestle Philippines, Adnan Hisham Pawanteh.
Sementara itu, lima penerima Darjah Kebesaran – Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (AKS) ialah atlet bowling padang Sarjan Emma Firyana Saroji; atlet sepak takraw Farhan Adam; atlet gimrama Amy Kwan Dict Weng; atlet pencak silat Muhammad Faizul M. Nasir dan atlet tenpin bowling Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.
Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) pula, seramai 15 individu menerima darjah tersebut iaitu Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor, Nazli Md Taib; Pengarah Seksyen Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Ahmad Kamal Wasis @ Waksis; Pengetua Cemerlang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Haznah Hamzah dan Pegawai Undang-undang, Kementerian Dalam Negeri, Mohammad Al-Saifi Hashim.
Turut menerima SMS ialah Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman; Pegawai Perubatan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Norhayati Rusli dan Ketua Pegawai Korporat, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Siti Zubaidah Abd Jabar; Setiausaha Bahagian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Fadzilah Fadzil dan Timbalan Pengarah Audit Negeri, Jabatan Audit Negara, Selangor, Rokiah Sahat.
Penerima SMS yang lain adalah Jurutera Awam Penguasa Kanan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Ruzita Zainal; Timbalan Ketua Akauntan, Bahagian Akaun Kementerian Pertahanan, Siti Alawiyah Abdullah Shukor; Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Zarina Kadri; Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Imigresen Malaysia, Mohd Syukri Hafidz Abdul Latif; Naib Pengerusi Federation of Malaysian Manufacturers Selangor Branch, Ng Foong Yuon dan Setiausaha Agong Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia, Ghazali Salamat.
Seramai 15 individu menerima Darjah Kebesaran Setia–Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) manakala Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) dan Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS), masing-masing 22 dan 21 penerima.
Bagi darjah kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan (BKS) pula, pelumba Moto GP Hafizh (ulang: Hafizh) Syahrin Abdullah; atlet berbasikal Muhammad Fadhil Mohd Zonis (ulang: Zonis) dan atlet tenpin bowling Natasha Mohamed Roslan adalah penerimanya sementara tujuh individu menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC). – MalaysiaGazette