KUALA LUMPUR – CIMB-Principal Asset Management hari ini mengumumkan Juan Ignacio Eyzaguirre Baraona sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu untuk ASEAN.

Beliau diberi tanggungjawab untuk memantau perniagaan di seluruh rantau ini termasuk CIMB-Principal Asset Management Berhad dan CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd di Malaysia, PT CIMB-Principal Pengurusan Aset di Indonesia, CIMB-Principal Asset Management Company Limited di Thailand dan CIMB-Principal Asset Management Pte Ltd di Singapura.

Pelantikannya tertakluk kepada kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Kumpulan CIMB-Principal Asset Management dimiliki bersama Principal Financial Group (Principal) dan CIMB Group Holdings Berhad (CIMB).

“Ini merupakan masa yang menarik untuk CIMB-Principal apabila mengembangkan kehadiran kami di Asia Tenggara. Pengalaman 30 tahun kepemimpinan Juan dalam pengurusan aset, perbankan, insurans dan pencen akan membantu kami memperkuat simpanan jangka panjang, pelaburan dan penyelesaian persaraan di seluruh rantau ini,” kata Pedro Borda, Presiden Asia Selatan dan India untuk Principal International.

Manakala Alejandro Echegorri, Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN untuk kumpulan CIMB-Principal Asset Management sejak Mac 2015 akan memegang jawatan baharu sebagai Ketua Pegawai Pelaburan bagi Principal International di Asia mulai Februari tahun depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast