Dr Mahathir dianugerah ijazah kehormat itu pada majlis konvokesyen ke-34 universiti berkenaan di mana 5,950 graduan universiti itu turut menerima ijazah masing-masing dalam sesi yang diadakan pada sebelah pagi dan tengah hari.
Perdana Menteri Malaysia itu merupakan tokoh umum berprofil tinggi keempat yang dianugerah ijazah kedoktoran kehormat oleh universiti berkenaan selepas mendiang Puteri Srinagarindra (aka Somdet Ya), Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (2009) dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe (2016).
Majlis penganugerahan berwarna-warni di Bangunan Gimnasium yang tersergam itu berlangsung penuh tradisi, dengan Dr Mahathir dipersilakan ke bilik resepsi dan disarungkan jubah kedoktoran baldu merah serta hitam.
Isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut diberi penghormatan untuk memakai jubah baldu biru serta merah dan mengiringi suami beliau ke atas pentas. – MalaysiaGazette