Mohamaddin
Datuk Mohamaddin Ketapi. foto HAZROL ZAINAL, 17 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Mengubah logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 akan memberi kesan kepada majlis perasmian.

Justeru itu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, keperluan untuk membuat pengubahsuaian logo itu perlu dikaji terlebih dahulu untuk memastikan ia tidak melibatkan kos yang besar.

“Ada bantahan terhadap logo itu sebenarnya ,jadi saya harus fikir sewajarnya tentang itu. Sudah tentu dengan mengubahnya kita perlu merasmikan yang baharu, kalau merasmikan yang baharu menggunakan banyak wang persoalannya adakah ia berbaloi? 

“Kalau jika melibatkan jumlah wang yang kecil (sikit) untuk mengubahnya jadi kita akan buat. Kita fikirkannya,” katanya kepada pemberita di Bangunan Sultan Abdul Samad hari ini. 

Pada 14 Ogos yang lalu, Mohamaddin berkata, logo TMM akan melalui proses penambahbaikan menerusi satu pertandingan akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Namun hari ini Ahli Parlimen Ketapi itu berkata, berkemungkinan logo tersebut  hanya akan diubah sedikit sahaja. 

“Saya pun ada fikir untuk mengubahnya tapi minor (kecil),” ujarnya. 

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum iniDatuk Seri Nazri Aziz mempertahankan logo setem yang memaparkan imej Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Orang Utan, monyet dan penyu memakai cermin mata hitam itu walaupun dikecam kerana dianggap tidak berkualiti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast