KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melahirkan rasa sedih tidak terhingga terhadap insiden yang menimpa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, sehingga membawa kepada kematian beliau hari ini.
“Pihak berwajib terutamanya para doktor telah cuba sedaya untuk menyelamatkan Allahyarham selama tiga minggu ini.
“Kita telah gunakan kemudahan terbaik dalam cubaan menyelamatkan Adib, doktor bertungkus lumus selama ini.
“Tetapi apakan daya ketika, ini ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa. Mohon semua bertenang dan bersabar,” katanya kepada pemberita di Institut Jantung Negara (IJN), malam ini.
Muhammad Adib meninggal dunia selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipukul semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya 26 November lalu. – MalaysiaGazette