Sajjan Kumar dijatuhkan penjara seumur hidup mendalangi rusuhan anti Sikhism di Delhi selepas pembunuhan PM Indira Gandhi pada Oktober 1984.

NEW DELHI – Mahkamah di India menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Sajjan Kumar, pemimpin utama pembangkang parti Kongres.

Hukuman itu dikenakan selepas pemimpin itu disabitkan kesalahan mendalangi rusuhan anti-Sikh selepas insiden pembunuhan bekas Perdana Menteri Indira Gandhi oleh  pengawal peribadinya pada tahun 31 Oktober 1984.

Rusuhan itu mengakibatkan hampir 3,000 orang awam yang tidak berdosa terbunuh.

Kebanyakan yang terkorban dalam rusuhan paling buruk sejak mengecapi kemerdekaan adalah dalam kalangan komuniti Sikh yang merupakan 2 peratus daripada 1.3 bilion warga India yang majoritinya beragama Hindu.

Ketika itu, penyokong parti Kongres sendiri diragui sebagai suspek yang memainkan peranan di sebalik rusuhan tersebut.

Mahkamah Tinggi Delhi berkata, Kumar, 73, yang ketika itu berkhidmat sepenggal sebagai ahli Parlimen dituduh terlibat konspirasi jenayah dan menyampaikan ceramah provokasi sehingga mencetuskan keganasan ke atas komuniti Sikh.

Mahkamah telah mengarahkan Kumar untuk menyerah diri menjelang 31 Disember ini.

Kumar yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu tidak bersedia untuk mengulas lanjut.

Parti memerintah menyambut baik keputusan kehakiman itu ke atas bekas Ahli Parlimen parti kongres itu sebagai keadilan dibela, kurang sebulan untuk Pilihan Raya Umum yang akan berdepan Kongres yang diterajui cucu Gandhi.

Peguam bela Kumar berkata, mereka akan mengemukakan rayuan sebagai mencabar keputusan itu di Mahkamah Agung.

Pembunuhan Gandhi adalah unsur balas dendam ekoran keputusannya untuk menghantar tentera menentang kumpulan militan Sikh yang bersembunyi di Golden Temple yang merupakan tempat suci komuniti Sikh di utara Amritsar.

Ratusan orang awam terbunuh dalam serangan tentera itu termasuk pemimpin militan Sikh serta kuil itu rosak teruk.

Parti memerintah BJP dan pemimpin-pemimpin Kongres juga mengalu-alukan keputusan kehakiman itu.

Keadilan agak lambat selepas 34 tahun,” kata Arul Jaitley yang merupakan Menteri Kewangan dan Pemimpin Kanan BJP dalam akaun twitternya.

Cucu Gandhi yang memimpin Kongres dijangka menjadi pencabar utama Perdana Menteri Narendra Modi pada Pilihan Raya Mei depan. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast