Pesawat British Airways. Foto Reuters

ISLAMABAD – British Airways (BA) akan menyambung semula penerbangan ke Pakistan tahun depan selepas menggantung operasinya selama 10 tahun susulan kejadian pengeboman di Hotel Marriot pada tahun 2008.

Ia menjadi syarikat penerbangan barat pertama untuk memulakan penerbangan negara itu.

BA menghentikan penerbangan selepas serangan berprofil tinggi dalam sejarah Pakistan oleh militan untuk menghancurkan Pakistan.

Namun, keadaan bertambah baik dan jumlah serangan merosot dengan ketara.

Timbalan Pesuruhjata Britain ke Pakistan, Richard Crowder berkata, BA kembali semula ke Islamabad selepas menambah baik dalam persekitaran keselamatan di negara itu.

Pakistan berkata, keputusan BA itu akan memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing dan tidak lagi terpencil.

“Apabila seluruh dunia tahu British Airways di Pakistan, ia akan meletakkan kita pada kedudukan satu atau dua takuk sebagai negara untuk melakukan perniagaan,” kata Menteri Perdagangan, Abdul Razak Dawood.

BA, yang dimiliki oleh IAG yang didaftarkan oleh Sepanyol, akan memulakan perkhidmatan London Heathrow-Islamabad pada 2 Jun, dengan tiga penerbangan mingguan oleh pesawat jarak jauh terbaru, Boeing 787 Dreamliner.

Pada masa ini, hanya kapal pengangkut kebangsaan Pakistan International Airlines (PIA) yang membuat penerbangan terus dari Pakistan ke Britain, tetapi pesawatnya yang lama menyebabkan banyak pelanggan tidak berpuas hati.

Syarikat penerbangan Timur Tengah seperti Qatar Airways, Etihad Airways dan Emirates mempunyai operasi kukuh di Pakistan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast