KUALA LUMPUR – Datuk Dominic Silva dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Berhad berkuatkuasa 7 Januari lalu.
Silva adalah bekas Ketua Pelaburan Khazanah Nasional Berhad cukup dikenali dalam kalangan korporat dalam perbankan, kewangan dan pelaburan, pengurusan straregik, pembangunan perniagaan dan sektor kewangan.
Selain itu, beliau turut arif dalam pelaburan merentas sempadan, pengurusan risiko dan pengurusan serta penstrukturan korporat.
Sebelum itu, beliau bersama ABN Amro Bank selama 10 tahun dalam pelbagai jawatan di Kuala Lumpur, Singapura, Amsterdam dan Hong Kong.
Silva juga merupakan ahli lembaga pelbagai syarikat dan bank termasuk Astro Holdings Sdn. Bhd. dan CIMB Group. – MalaysiaGazette