Siling Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Lebuhraya Guthrie di sini, diterbangkan ribut berikutan hujan lebat hari ini.

KUALA LUMPUR – Siling Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Lebuhraya Guthrie di sini, diterbangkan ribut berikutan hujan lebat hari ini.

Kawasan yang terjejas adalah di lorong Touch N’ Go dan di lorong Smart Tag.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira 4.30 petang tadi dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Walaupun berlaku runtuhan di plaza tol itu, aliran trafik bergerak perlahan dan terkawal serta tiada sebarang laporan polis yang dibuat setakat ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata ketika ini, pihak PLUS sedang dalam proses membersih dan mengalihkan serpihan siling yang runtuh di kawasan terjejas.

— BERNAMA