Konsep pengajian di Maktab Tentera Diraja (MTD) yang menerapkan pendidikan serta pembangunan karakter perlu dicontohi sekolah-sekolah di negara ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong berkata, ia penting untuk negara melahirkan pemimpin yang berdisiplin dan berkaliber di masa akan datang.
“Kita tidak boleh mengharapkan pemuda kita mahir dan dilengkapi kelulusan akademik sahaja semata-mata.
“Malahan pembangunan karakter menerusi ilmu latihan ketenteraan juga membantu putera di maktab berkenaan menimba ilmu pengetahuan selain kecemerlangan akadamik untuk terus berdisiplin dan bermoral menghadapi dunia penuh mencabar ini,” katanya.